Pelajaran 10 : Hadis Sumber Hukum - Pendidikan Islam Tingkatan 1

Breaking

Home Top Ad

Wednesday 28 November 2018

Pelajaran 10 : Hadis Sumber Hukum







Terdapat empat sumber hukum dalam Islam, iaitu :
1) Al-Qur'an
2) Hadis
3) Ijma'
4) Qias

Hadis ialah sumber rujukan yang kedua selepas Al-Qur'an. Al-Qur'an dan Hadis saling diperlukan oleh umat Islam. Sesiapa yang mengabaikan Al-Qur'an dan Hadis atau salah satu daripadanya akan sesat. Hadis dijadikan panduan oleh para ulama' untuk memahami dengan lebih jelas maksud isi kandungan Al-Qur'an. 

Kitab Hadis yang menjadi rujukan utama, antaranya termasuklah :
1) Sohih Al-Bukhari
2) Sohih Muslim
3) Sunan Abi Daud
4) Jamie' At-Tarmizi
5) Sunan An-Nasaie
6) Sunan Ibnu Majah
7) Muwatta' Malik
8) Sunan Ad-Darimi
9) Musnad Ahmad

Oleh itu, penting bagi umat Islam untuk memahami maksud hadis.

Maksud Hadis ialah :

A) Dari segi bahasa : Kata-kata atau baharu.

B) Dari segi istilah : Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk -:
1) percakapan
2) perbuatan
3) pengakuan atau persetujuan
4) sifat

Objektif pelajaran ini:
• Menerangkan pengertian hadis dari segi bahasa dan istilah
• Menjelaskan hadis sebagai sumber hukum
• Membezakan antara hadis dengan al-Quran
• Menerangkan tentang hadis Qudsi
• Menyatakan syarat perawi sebagai bukti ketelitian menerima sesuatu hadis

Pengertian hadis
• Pada bahasa beerti baharu,atau khabar atau berita
• Pada istilah bererti setiap ucapan (Qaulan), perbuatan (fe'lan), pengakuan (taqriiran) dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w

Hadis sebagai sumber hukum
• Al-Quran merupakan sumber hukum pertama manakala hadis pula sumber hukum kedua
• Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan al-Quran seperti ibadah solat
• Tanpa hadis kita tidak dapat memahami syariat Islam secara mendalam.

Beza al quran dengan hadis nabawi dan hadis qudsi

Al-Quran
Hadis Nabi
Hadis Qudsi
Lafaz dan makna dari Allah
Lafaz dan makna dari Rasulullah
Lafaz dari Rasulullah, makna dari Allah
Wahyu disampai melalui malaikat Jibril
Perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah
Wahyu dan diungkapkan kembali oleh Rasulullah
Sumber hukum pertama
Sumber hukum kedua
Sumber hukum kedua
Tidak boleh membaca ketika hadas besar
Boleh dibaca ketika hadas besar
Boleh dibaca ketika hadas besar
Boleh dibaca dalam solat
Tidak boleh dibaca dalam solat
Tidak boleh dibaca dalam solat

Perawi hadis
* Iaitu orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah SAW.

Syarat perawi hadis
* Islam
* Berakal
* Baligh
* Adil
* Kuat hafazan
* Menjaga tulisan
* Waspada

Perawi-Perawi hadis :
* Abdullah bin Umar r. a.
* Abu Hurairah
* Abu Musa Al-Ashari
* Abu Sa'id Al-Khudri
* Al-Bara' Ibn Azib
* Ali bin Abu Talib
* Anas b. Malik r. a.
* Ibn Abbas
* Ibn Mas'ud
* Ibn'Umar
* Jabir bin Abdullah
* Umar Khalifah Kedua.
* Ummul Mukminun Aishah

Contoh Pengumpul dan pengarang kitab hadis.

1. IMAM MALIK : Nama penuhnya ialah Malik bin Anas. Dia berasal daripada suku Zi Asbah kaum Arab di Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 93H, dan meninggal dunia pada tahun 179H. Beliau menetap di kota Madinah. Beliau belajar dengan Nafik bin Naim, Rabiah Al-Rakyi, Ibnu Sihab Al-Zuhry, dan Nafik (hamba Ibn Umar). Beliau juga memetik hadis daripada Hisyam bin Urwah bin Al-Zubir. Beliaulah yang mengarang kitab Al-Muwatta yang disunting secara berterusan selama 40 tahun.

2. IMAM MUSLIM : Nama penuhnya ialah Muslim bin Hadjdjadj bin Muslim Al-Qusjairi An-Naisaburi. Beliau dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 Hijrah. Beliau pernah belajar dengan Qutaibah bin Sa'id, Ahmad bin Hambal (di Iraq), Abu Bakar dan Usman bin Sjaibah, Sjaiban bin Farrukh, Harmalah bin Jahja sahabat Iman Sjafi'i (di mesir), ZSa'id bin Manshur (di Hiudjaz), Muhammad bin Jasar. Diantara muridnya dalah Imam Tirmizi, Ibrahim bin Sufian, Muhammad bin Adbulwahhab, Ishak bin Chuzaimah, Abu Bakar Al-Djarudi, Abu Bakar Al-Mustamli, Nasar bin Ahmad, dan lain-lain. Beliau meninggal dunia di Naisabur dalam bulan Rajab tahun 261 ketika berusia 55 tahun.

3. IMAM SYAFIE : Nama penuhnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas Al-Syafie, berketurunan Quraisy dari sebelah ayahnya dan keturunan Azdey, Yaman dari sebelah ibunya. Baliau dilahirkan di daerah Ghazzah atau Asqalan pada 150H ketika keluarganya dalam perjalanan ke negeri Syam. Bapanya meninggal ketika beliau berumur dua tahun. Beliau belajar daripada Sufian bin Uyainah, Muslim bin Khalid Al-Zinji, Muhammad bin Hassan (Sahabat Abu Hanifah), dan Imam Malik.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad