Sejarah Sekolah : SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah - Pendidikan Islam Tingkatan 1

Breaking

Home Top Ad

Monday 26 November 2018

Sejarah Sekolah : SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah



Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi atau nama ringkasnya SMK Jabi, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pokok Sena.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi memiliki 560 pelajar lelaki dan 506 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1066 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.

Kod Sekolah :
KEAB001

Alamat Sekolah :
Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi,
Jalan Langgar
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

Telefon = 6047876755
Fax = 6047870855

VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.



SEJARAH SEKOLAH 

Mula beroperasi pada 1 Februari 1977 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 dengan menumpang bangunan di Sekolah Kebangsaan Langgar. 

Ketika itu jumlah pelajar adalah seramai 264 orang (152 lelaki dan 122 perempuan) dibimbing oleh 11 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh En. Ahmad b. Ismail. 

Dalam usaha untuk memantapkan pengurusan pendidikan, pada 1 Januari 1985 semua pelajar di tempatkan semula di Sekolah Kebangsaan Jabi bermula pada tahun 1985 apabila Dato' Abdullah B. Hj. Ahmad Badawi telah sudi meletakkan batu asas bagi pembinaan sekolah ini. 

Perasmian pembukaan sekolah ini telah dilaksanakan pada 2 Julai 1986 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi. 

Pada 1 Januari 1998 sekolah ini telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A. 

Pada 25 Julai 2000, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman telah menganugerahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi bertaraf 4.40 bintang. 

PEJABAT SEKOLAH
04-7876755

EMAIL SEKOLAH:
keab001@moe.edu.com



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JABI, POKOK SENA, KEDAH (SMK JABI)

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad